Kamis, 27 Agustus 2009

Nasionalisme dalam Pandangan Syariah Islam

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh buat pembaca blog ana yang tidak seberapa ini.Hari ini ana ingin membahaskan tentang Nasionalisme dalam pandangan islam.Kita sedia maklum masih ramai dari kalangan kaum muslim yang masih tidak memahami dengan ideologi yang satu ini. Maklum sajalah, hal ini memang sengaja diterapkan oleh barat kepada dunia Islam sejak sekian lama. Bahkan nasionalismelah antara penyebab besar terhadap runtuhnya daulah khilafah Uthmaniyah yang beribu kota di istanbul Turki pada waktu itu. Sama ada sedar ataupun tidak fahaman inilah salah satu sebab yang mengakibatkan perpecahan ummat hingga terbukti sekarang ini negeri-negeri kaum muslimin terpecah sehingga menjadi lebih 50 negara. Ada apa ya dengan nasionalisme?. Berikut ana akan huraikan tentang fahaman nasionalisme ini,
Kelemahan Nasionalisme
1. Kualiti ikatannya rendah sehingga tidak mampu mengikat manusia yang satu dengan manusia yang lainnya untuk mewujudkan kesatuan ummat.
2. Ikatannya hanya bersifat emosional dan muncul secara spontan dari naluri mempertahankan diri, disamping adanya peluang selalu berubah-ubah.
3. Ikatan ini bersifat sementara, akan meningkat ketika ada ancaman dari luar dan sebaliknya pada saat keadaan normal atau aman ikatan ini tidak bererti sama sekali.
Boleh diambil contoh dahulu semangat nasionalisme masyarakat Malaysia ketika masih dijajah sangat meluap-luap, bahkan kita sering dengar slogan "Merdeka" atau "Hidup Melayu", namun setelah Malaysia merdeka semangat nasionalisme itupun pudar, lihat saja apabila singapura keluar daripada Malaysia dan pergaduhan antara kaum pada 13 Mei. Mana Nasionalismenya ???
Apakah pandangan Islam mengenai fahaman nasionalisme ???
"Bukan termasuk Ummatku orang yang mengajak pada Assobiyah,dan bukan termasuk ummatku orang yang berperang atas dasar Assobiyah,dan bukan termasuk ummatku orang yang mati atas dasar Assobiyah."(HR Abu
Dawud).
Islam tidak sejajar dengan fahaman nasionalisme, malah ianya tidak diajarkan oleh Islam bahkan harus dijauhi dan tidak boleh diperjuangkan. Fahaman seperti ini dalam aquran dikenali sebagai assobiyah. Rasulullah menyatukan kaum muhajirin dan ansar dengan satu ikatan iaitu akidah Islamiyah. Bukan dengan ikatan nasionalisme atau yang lain-lain. Rasulullah mengumpamakan kita seperti satu tubuh yang saling melengkapi satu sama lain.
Menurut sejarah para sahabat Rasulullah SAW di kota Madinah,di masa Baginda Rasulullah SAW masih hidup,Baginda SAW mengajarkan hal itu(ikatan Islamiyah). Ketika itu masyarakat dan negara Islam baru tumbuh di kota Madinah.Kedudukan politik dan kekuatan ekonomi mereka menggugat kepentingan dan posisi kaum Yahudi.Hal ini menyebabkan Yahudi membuat rencana jahat. Salah seorang tokoh Yahudi yang bernama Syas bin Qais yang sangat benci dengan penyatuan dua suku besar penghuni kota Madinah Aus dan Khazraj dalam ikatan Islam, membuat angkara dengan mengutus seorang penyair agar membacakan syair-syair Arab Jahiliyah yang biasa mereka pakai dalam perang Buats. Perang Buats adalah perang yang terjadi selama 120 tahun (Ibnu Ishaq dalam Tafsir Al Mawardi) antara kaum Aus dan Khazraj. Dan selama musim perang tersebut, pihak Yahudilah yang mengambil kesempatan dalam bidang politik mahupun ekonomi.
Penyair suruhan Syas ini berhasil mempengaruhi jiwa sekumpulan kaum Ansar dari kalangan Aus dan Khazraj di suatu tempat di kota Madinah. Syair jahiliyah tersebut mengingatkan mereka kepada perasaan kebanggaan dan kepahlawanan mereka di zaman jahiliyah dalam medan perang Buats. Perasaan kebangsaan dan kepahlawanan kaum Aus maupun Khazraj itu memuncak sehingga mereka lupa bahawa mereka adalah sesama muslim. Yang Aus merasa Aus dan yang Khazraj merasa Khazraj. Dalam klimaks emosi perang itu mereka akhirnya berteriak-teriak seolah-olah diserang histeria sambil menjerit, ”Senjata-senjata!”.
Dalam situasi kritikal itulah, Rasulullah datang bersama pasukan kaum muslimin untuk meleraikan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai kaum muslimin, apakah kerana seruan jahiliyah ini (kalian hendak berperang) padahal aku ada di tengah-tengah kalian. Setelah Allah memberikan hidayah Islam kepada kalian. Dan dengan Islam itu Allah muliakan kalian dan dengan Islam Allah putuskan urusan kalian pada masa jahiliyyah. Dan dengan Islam itu Allah selamatkan kalian dari kekufuran. Dan dengan Islam itu Allah satukan hati-hati kalian. Maka kaum Ansar itu segera menyedari bahawa perpecahan mereka itu adalah dari syaitan dan tipu helah kaum kafir sehingga mereka menangis dan berpelukan satu sama lain. Lalu mereka berpaling kepada Rasulullah SAW. dengan sentiasa bersiap sedia mendengar dan taat...” (Sirah Ibnu Hisyam Juz 1/555).
Dan marilah kita memperhatikan firman Allah SWT :
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang ber-saudara dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Surah Ali Imran 103)."
Umat Islam baik yang berkulit hitam atau putih, yang mancung mahupun yang pesek, Di Timur mahupun dibarat, Kita semua adalah saudara , tidak berbeza antara satu sama lain dan yang membezakan hanyalah iman dan taqwa. Maka sudah sepatutnya kita bersatu, bersatu dalam pengertian yang sebenar-benarnyanya iaitu bersatu dalam bingkai negara khilafah. Dengan ikatan akidah islam bukan nasionalisme. ALLAHUAKBAR...!!!. Wallahu'alam.
Visitblog:
http://samurouh-khilafah.blogs... ionalisme-d alam-pandangan-syariah.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar