Rabu, 02 September 2009

Mendudukkan Posisi Aqidah Dan Khilafah

Perlu diakui, bahawa sebagai asas, aqidah menduduki posisi yang sangat penting dan strategik bagi kehidupan seseorang. Bagi umat Islam, aqidah Islam merupakan landasan kehidupan; baik kehidupan individu, masyarakat mahupun negara. Aqidah Islam juga merupakan sumber kebangkitan umat Islam serta penentu maju dan mundurnya umat ini. Ini terlihat dengan jelas pada kebangkitan bangsa Arab. Bangsa yang sebelumnya tidak mempunyai sejarah dan tidak pernah diperhitungkan oleh dunia, tiba-tiba muncul ke pentas sejarah sebagai adidaya (super power) di dunia, yang disegani oleh kawan dan lawan. Semua ini terjadi setelah bangsa ini memeluk Islam sebagai aqidah dan syariat mereka. Demikian sebaliknya dengan saat ini, setelah aqidah Islam itu tidak lagi dijadikan landasan kehidupan, baik kehidupan individu, masyarakat mahupun negara, serta tidak lagi sebagai sumber kebangkitan mereka, maka bangsa ini akhirnya kembali hina dan dinistakan oleh musuh-musuh mereka, kaum kafir imperialis.
Allah SWT berfirman:
Apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid)-nya di atas dasar ketaqwaan kepada Allah dan keredhaan-Nya itu yang baik ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? (Qs. at-Taubah [9]: 109).
Konteks ayat ini memang berkaitan dengan bangunan masjid, tetapi bangunan masjid di sini ada yang merupakan produk ketaqwaan kepada Allah dan keredhaan-Nya, dan ada yang tidak. Allah menyatakan, bahawa produk yang dihasilkan dengan landasan taqwa dan keredhaan-Nya adalah produk yang kukuh, demikian sebaliknya. Ini ertinya, jika bangunan nyata sahaja dilandasi oleh aqidah (yang dinyatakan sebagai faktor ketaqwaan dan keredhaan-Nya) akan menjadi bangunan yang kukuh, lalu bagaimana dengan bangunan tak-nyata yang jauh lebih kompleks berbanding bangunan nyata ? Kerana itu, ayat ini juga membuktikan, bahawa aqidah Islam ini merupakan asas kehidupan, baik kehidupan individu, masyarakat mahupun negara, sekaligus merupakan sumber kebangkitan, yang akan menentukan kualiti umat ini.
Persoalannya, aqidah seperti apa yang akan mampu mengembalikan kehidupan dan kebangkitan umat ini ?
Umat Islam adalah kumpulan manusia yang diikat oleh satu aqidah, yakni aqidah Islam. Aqidah inilah yang telah berhasil menyatukan suku Aus dan Khazraj, yang sebelumnya dilanda perang saudara yang tak kunjung henti (Lihat: Qs. Ali-Imran [3]: 103).
Akan tetapi, sejarah juga membuktikan bahawa perkembangan mazhab aqidah Islam pasti menyebabkan pertikaian di tengah kaum Muslim. Pemicunya adalah perbezaan mazhab; Muktazilah versus Ahlussunnah, atau Syiah versus Sunni.. Kerana itu, aqidah Islam yang mana ? Dengan tegas boleh dikatakan, bahawa aqidah Islam yang boleh menyatukan dan membangkitkan kembali umat ini adalah aqidah yang digali dari sumber-sumber yang qath’i, yakni al-Qur’an dan as Sunnah, Bukan aqidah mazhab, meskipun aqidah mazhab ini —sepanjang dibangun berdasarkan dalil syar’i— masih menjadi bahagian dari aqidah Islam. Aqidah al-Quran ini juga bukan aqidah kalam, atau kefalsafahan, tetapi aqidah yang unik, dengan metodnya yang khas sebagaimana yang dipegang teguh oleh para Sahabat.
Saat ini, umat Islam masih beraqidah Islam, sekalipun aqidahnya merupakan aqidah mazhab, kalam dan kefalsafahan. Sebab, setiap Muslim —yang menjadi bahagian dari umat ini— siang dan malam masih menyatakan: Lâ Ilâha illâ Allâh Muhammad Rasûlullâh. Namun demikian, aqidah umat Islam saat ini telah kehilangan tiga hal :
1. Kehilangan ikatan dengan pemikiran, kehidupan, dan sistem hukum yang mengatur kehidupannya.
2. Kehilangan konsepsi tentang apa yang akan datang setelah kehidupan (Hari Kiamat dan Hisab).
3. Kehilangan tali ikatan antara sesama Muslim sebagai sebuah komuniti, atau ukhuwah Islamiyah.
Akibatnya, aqidah Islam umat ini seperti mayat, kerana telah dipisahkan dari pemikirannya. Aqidah umat ini juga tidak lagi mampu menggentarkan mereka akan azab Allah di akhirat serta kerinduan untuk mendapatkan syurga-Nya. Terakhir, umat ini telah terbelah dan bercerai-berai menjadi bangsa dan negara, lebih dari 50 entiti politik yang tak berdaya, akibat dari hilangnya tali ikatan, yang mengikat antara sesama Muslim.
Khilafah Menjaga Kemurnian Aqidah Islam
Aqidah Islam adalah aqidah amal; aqidah yang mendorong setiap pemeluknya untuk beramal salih. Kerana itu, ayat al-Qur’an selalu menghubungkan antara keimanan dengan amal salih, tidak kurang dari 50 ayat. Istilah îmân di dalam ayat-ayat tersebut, menurut Imam Akbar Mahmud Syaltut, adalah aqidah, sedangkan amal shâlih adalah syariat (hukum). Dengan kata lain, aqidah adalah persoalan hati, sedangkan syariat adalah persoalan zahir; keduanya tidak dapat dipisahkan. Aqidah tanpa amal tidak pernah terbayang; ibarat bangunan, ada asas, tetapi asas tersebut tertimbun tanah sehingga tidak terbayang. Baru terbayang, jika di atas asas tersebut ada bangunan. Bangunan di atas asas itu adalah syariatnya. Demikian sebaliknya, syariat tanpa asas, atau aqidah, akan menyebabkan bangunan tersebut rapuh, dan akhirnya dengan mudah akan runtuh.
Kerana itu, Allah pun perlu menguji setiap orang Mukmin dengan amalnya sehingga layak menyandang predikat Mukmin yang sejati :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji lagi? (Qs. al-Ankabut [29]: 2).
Dengan konsepsi tersebut, aqidah Islam telah berhasil menjadikan pemeluknya jauh lebih kuat dan tegar dalam mengarungi kehidupan sehingga mampu melahirkan para pejuang penakluk dunia, menyebarkan hidayah hampir di 2/3 belahan dunia, setelah mereka mewarisi negara adidaya yang ditinggalkan oleh Rasul, iaitu Khilafah ‘alâ Minhâj an-Nubuwwah. Kini, setelah Khilafah yang diwariskan oleh Rasul itu dihancurkan oleh konspirasi kaum Yahudi Dunamah, Inggeris dan Perancis, maka umat Islam tidak lagi mewarisi kemuliaan seperti generasi terdahulu.
Kerana itu, kewajiban menegakkan Khilafah yang merupakan perkara ma‘lûm[un] min ad-dîn bi ad-dharûrah —dalam rangka mengembalikan kemuliaan Islam dan kaum Muslim— merupakan manifestasi dari aqidah Islam, aqidah perjuangan itu. Dengan Khilafahlah, umat ini akan boleh menjalankan seluruh perintah dan larangan yang dituntut oleh aqidah Islam dengan sempurna. Dengan Khilafahlah, aqidah Islam ini boleh dijaga dan dipertahankan kemurniannya.
Kerana itu pula, siapa saja yang hendak menjaga kemurniaan aqidah Islam, sebagaimana aqidah yang digali dari sumber yang qath’i (al-Qur’an dan as-Sunnah), tidak akan pernah berhasil meraih tujuannya tanpa berjuang menegakkan Khilafah. Jadi, mana yang lebih dulu, menegakkan Khilafah atau mengembalikan aqidah? Jawabnya, tentu aqidah. Akan tetapi, tidak berhenti di situ, kerana aqidah Islam ini perlu disatukan dengan pemikiran, ikatan, dan konsepsi futuristik keakhiratan sehingga akan menghasilkan generasi pejuang. Perjuangan generasi tersebut saat ini yang paling urgen adalah menegakkan Khilafah Islam. Itulah yang menjadi problematika utama umat ini.
Walhasil, mereka yang mengatakan aqidahnya sahih, tetapi tidak terdorong untuk berjuang ke sana , sesungguhnya menunjukkan aqidahnya umpama mayat dan tentu perlu dipertanyakan ; sahihkah aqidah anda ?
Wallahu a‘lam!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar