Rabu, 02 September 2009

"...katakanlah,Aku Berpuasa-ALLAHUMMA INNI SOO,IM(riwayat Ibn Khuzaimah..

"Saya rasa serban yang dipakai itu hanya mengongkong pemikiran. Jumud!¿, kata seorang lelaki.
¿
You¿re Muslim, damn you must be the one from Osama Fan Club!¿, lagak seorang ¿mat saleh¿ penuh angkuh.
¿Ooi bodoh! Berapa kali aku nak panggil engkau. Sini la!¿, jerit seorang pelajar yang senior setahun.
Mustahil telinga tidak berdesing mendengar komen-komen di atas. Rasa terhiris dan mudah sahaja untuk bertindak balas. Kita ada seribu satu sebab untuk mengiyakan tindak balas kita¿ sama ada dengan maki hamun semula, selinsing lengan atau kurangkan bercakap banyakkan tindakan, bagi sejibik¿ sebijik!
Tetapi secara khusus di bulan Ramadhan ini, Rasulullah mengajar sebaliknya.
Bukanlah puasa itu (hanya) menahan diri dari makan dan minum. Sebaliknya ia juga harus tertahan dari perkara lagha dan lucah. Apabila kamu dimaki atau diperbodohkan, berkatalah AKU BERPUASA (riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068)
Apabila kamu dimaki hamun, jangan balas dengan maki hamun.
Apabila kamu diajak gaduh, jangan sahut dengan pergaduhan.
Andai kamu digelar bodoh atau dianggap bodoh, jangan tergesa-gesa mahu menunjuk pandai.
Sebaliknya berkatalah¿ AKU BERPUASA.
Apa ini? Mengapa Rasulullah SAW mengajar begini? Apakah Islam menyuruh kita untuk play victim? Mampukah yang bertahan, menjadi Muslim yang tidak jantan¿ dengan hanya berkata AKU BERPUASA?
Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!
Kita mengukur jantan diri dan hebat berjuang kalau kita pandai mengamuk. Tetapi Baginda SAW mengajar bahawa yang gagah itu ialah pada upaya mengawal diri. Khususnya ketika marah.
Jangan pesimis, Covey menyebutnya sebagai PROAKTIF.
Inilah latihan puasa. Ramadhan datang dengan pakej latihan untuk mengajar kita cara mengawal diri.
Semoga dpt diambil iktibar......
Sebar2kanlah pada saudara2 di luar sana..
Mudah2an kita semua mendapat Rahmat ALLAH, MaghfirahNYA dan pembebasan dari api nerakaNYA..
Wallahu'alam........

Tidak ada komentar:

Posting Komentar