Senin, 07 September 2009

assalamualaikum sahabat2&sahabiah2:

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada
langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis. Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T
telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan
aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak
sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana
bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan
kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga,
bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah.
Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara
sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari
kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu
pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya,
mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah
serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya,
dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan
banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan
sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka
menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu
menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami
tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah
engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku,
Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam,
dan aku tidak menguasainya melainkan dengan
penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau
dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab
para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah
berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan
seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu
dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu
Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka
adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan
peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka
Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah
terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang
berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi
mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda
mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan
mereka pada harta, iaitu mendorong mereka
mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka
dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang
dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid,
berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu
dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan
mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil,
mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan
yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada
disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud :
"Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka
dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka
tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan
serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan
berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan
iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar