1)Bagaimanakah jika kita ingin bertaubat?
Maka jawabnya wajib bertaubat yakni memohon kemapunan pada Allah dan sunat pula mendirikan solat sunat taubat.
(2)Betulkan roh orang yang telah meninggal dunia akan pulang ke rumah pada malam Jumaat?
Maka jawabnya apa yang telah disebut oleh ulama’-ulama’ tidak ada nas daripada hadis yang sahih mahupun hasan yang menerangkan seperti itu, yang adanya hadis itu dho’if.
Hadis dho’if ini tidak boleh dibuat hujah walaupun begitu boleh kita meriwayatkannya selagi mana hadis itu tidaklah mungkar ataupun maudhu’ sekadar peringatan kepada manusia. Memberi peringatan kepada manusia supaya kasih kepada akhirat, supaya takut kepada berbuat dosa, kita guna hadis dho’if hukumnya harus. Tapi bukan akidah kita, sesiapa yang tidak percaya perkara ini tiada masalah. Yang perlu kita percaya ialah hadis-hadis yang kuat sanadnya .
Walaubagaimanapun ada disebut dalam kita-kitab jawi “bahawasanya balik ia kepada rumah pada malam jumaat”. Siapa yang percaya atau tidak percaya tiada masalah. Yang wajib kita percaya roh ini menerima azab dan seksa setelah dicabut daripada jasadnya pada alam barzakh kerana datangnya jelas dinyatakan daripada hadis yang sahih.
(3)Hukum solat dengan imam tapi makmum tidak membaca surah al-Fatihah, adakah sah solatnya?
Maka jawabnya solatnya tidak sah kerana sabda Nabi S.A.W. “tidak ada solat untuk orang yang tidak membaca surah al-Fatihah dalam solatnya” tidak kira tok imam, makmum atau siapa sahaja. Wajib baca surah al-Fatihah dalam solah kerana ia rukun dalam solah.
(4)Bagamana kalau datang seorang budak datang meminta duit atau derma pada kita. Padahal kita musykil kepada budak tersebut.. Samada peminta sedekah suruhan atau memang budak berhajat kepada duit. Apa patut kita buat samada memberi duit kepadanya atau tidak??
Maka jawabnya jika kita tidak yakin samada peminta derma itu benar atau penipu maka hukumnya harus kita beri kepadanya. Jika sebenarnya ia memang berhajat maka kita dapat pahala sedekah dan jika memang ia seorang penipu maka kita dapat 2 pahala yaitu pahala sedekah dan pahala kena tipu.
Peminta derma yang memang diyakini seorang penipu maka tidak harus kita beri wang kerana bertolong dalam perkara dosa itu haram menurut kata setengah ulamak.
(5)Saya nak tanya adakah batal puasa seseorang itu jika dia mengorek telinga atau hidung?
Menurut pendapat yang muktamad dikalangan fuqahak Syafie adalah tidak membatalkan puasa dengan sebab memasukkan suatu kedalam hidung atau telinga melainkan sampai kepada had batin.
Menurut satu pendapat had batin bagi hidung ialah melepasi tulang hidung dan had batin bagi telinga pula ialah sampai kepada gegendang telinga.
*apa yang ana nyatakan mungkin betul dan mungkin salah, rujuk alim ulama'..
apa yang tak faham tolong bagitahu..
ana mintak tolong sangat2 disebarkan ini pada saudara2 kita yg lain, ramai lagi yg tak tahu, lagi ramai yg tahu lagi banyak manfaatnya..syukron sangat2..
wallahu'alam..
Rabu, 02 September 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar